Inokom labur RM300 juta bina kemudahan mengecat kenderaan baharu di Kulim
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Inokom Corp Sdn Bhd melabur RM300 juta untuk membangunkan kemudahan pengecatan automotif baharu di kilangnya di Kulim, Kedah, sekali gus meningkatkan kapasiti keseluruhan pusat pengecatannya kepada 100,000 buah kenderaan setahun.













