Perak Corp berdepan tuntutan jaminan RM9 juta ekoran kegagalan Suaconcept bayar balik MDV
KUALA LUMPUR 14 Julai – Perak Corp Berhad berdepan tuntutan jaminan korporat berjumlah hampir RM9 juta selepas syarikat bersekutu yang dimiliki 49% olehnya gagal menjelaskan bayaran balik pembiayaan sebanyak RM18.36 juta kepada Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV).






