MBSA Umum Kadar Harga Baharu Pengkebumian Islam Berkuat Kuasa 1 Ogos 2026 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MBSA Umum Kadar Harga Baharu Pengkebumian Islam Berkuat Kuasa 1 Ogos 2026

Oleh JOHARDY IBRAHIM

SHAH ALAM 1 Ogos - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah meluluskan pelaksanaaan kadar harga baharu bagi pengurusan tanah perkuburan Islam di bawah kelolaannya berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.

 

Keputusan tersebut dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Kali Ke-4/2026 yang bersetuju meluluskan cadangan pelarasan kadar berkenaan bagi kawasan perkuburan Islam di Seksyen 21 dan Seksyen 31, Shah Alam.

 

Menerusi kadar baharu ini, penambahan sebanyak RM150.00 dikenakan bagi kesemua kategori pengkebumian.

 

Perincian Kadar Baharu Pengkebumian Islam MBSA:

 

Mvsa

 

 

Merangkumi Penyediaan Liang Lahad & Kepuk Kayu

MBSA menjelaskan, perkhidmatan ini merangkumi penyediaan liang lahad dan kepuk kayu bagi setiap urusan pengkebumian.

 

Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan penyeragaman pusara di kawasan tanah perkuburan MBSA, sekali gus mempermudah dan melancarkan urusan waris sewaktu proses pengkebumian dijalankan.

 

Kadar baharu ini terpakai secara rasmi untuk semua urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 dan Seksyen 31 bermula tarikh penguatkuasaan tersebut.

 

Maklumat dan Pertanyaan Lanjut

Waris atau orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai bertugas di Majlis Bandaraya Shah Alam:

> Mohamad Sobree bin Hj. Razali (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan)019-2152159 

> Mohd Sazrin bin Samsudin (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) 011-23261447. - DagangNews.com