Laporan RCI Tabung Haji kini dalam penelitian SPRM, pasukan khas teliti dakwaan rasuah
KUALA LUMPUR 31 Julai - Pasukan Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sama ada terdapat sebarang isu perundangan yang membabitkan unsur rasuah daripada laporan suruhanjaya siasatan diraja Tabung Haji yang didedahkan pada Rabu.






