AirAsia Group rugi bersih RM527.16 juta pada suku kedua akibat kenaikan harga bahan api jet
KUALA LUMPUR 13 Ogos - AirAsia Group Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia X Bhd, mencatatkan kerugian bersih pada suku kedua, terjejas akibat lonjakan harga bahan api jet susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat, selain kerugian pertukaran asing.





