Kadar sewa diperbaharui Paradigm Mall Johor Bahru naik hampir 30%, pendapatan lebih besar dijangka mulai 2027 - CGS
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Paradigm REIT dijangka menikmati peningkatan pendapatan lebih besar mulai 2027 selepas kadar sewa bagi ruang niaga yang diperbaharui di Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB) meningkat hampir 30%, menurut CGS International.






