Perbelanjaan infrastruktur AI, agenda pendigitalan kerajaan pacu pertumbuhan VSTECS, kata BIMB Securities
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Peningkatan perbelanjaan dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI), ditambah dengan agenda pendigitalan kerajaan dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan pendapatan VSTECS Bhd dalam tempoh akan datang, kata BIMB Securities.






