Konflik AS-Venezuela dijangka tidak gugat pasaran, sektor O&G mungkin terima lonjakan minat jangka pendek, kata MBSB Research
KUALA LUMPUR 5 Jan — Pasaran ekuiti tempatan dijangka tidak terkesan secara material susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela kerana operasi tersebut bersifat pantas dan khusus serta tidak menimbulkan konflik berpanjangan, menurut MBSB Research.






