Sime Darby Property, ESR tambah 2.2 juta kaki persegi ruang gudang moden di Taman Logistik E-Metro, Bukit Raja
KUALA LUMPUR 10 Julai - Sime Darby Property Bhd bersama rakan usaha samanya, ESR terus memperkukuh kedudukan Bandar Bukit Raja sebagai hab perindustrian dan logistik utama negara menerusi pembesaran Taman Logistik E-Metro dengan pembinaan dua lagi kemudahan logistik Gred A.






