Firma mata wang kripto ganti Standard Chartered sebagai penaja Liverpool? | DagangNews Skip to main content

Firma mata wang kripto ganti Standard Chartered sebagai penaja Liverpool?

LONDON 25 April - Liverpool sedang mempertimbangkan untuk menamatkan perjanjian penajaan baju bersama Standard Chartered dengan kelab Merseyside itu sedang berbincang dengan firma mata wang kripto untuk perjanjian baharu.

 

The Reds sudah memakai jenama Standard Chartered di baju mereka sejak 2010 tetapi kontrak mereka bersama syarikat penyedia perkhidmatan kewangan itu dijangka tamat pada 2023.

 

Liverpool kini sedang berbincang dengan pelbagai pihak mengenai kemungkinan untuk bertukar penaja dengan prospek memperbaiki terma penajaan 40 juta pound (RM222 juta) semusim.

 

Menurut wartawan The Athletic, David Ornstein, kelab itu sudah memulakan perbincangan awal bersama firma daripada sektor mata wang kripto.

 

Ia termasuk perbincangan bersama 'firma pertukaran kripto' dan 'platform blockchain' walaupun Standard Chartered boleh melanjutkan hubungan mereka bersama kelab itu.

 

Mata wang kripto dilihat di dalam pelbagai sektor sebagai kemajuan dalam sektor kewangan tetapi kekal kontroversi kerana risiko perdangan dan kesan terhadap alam sekitar disebabkan oleh pengeluarannya.

 

kripto
Crypto.com dikatakan antara firma kewangan kripto yang sedang berbincang untuk menaja Liverpool.

 

Sekiranya Liverpool berjaya memuktamadkan perjanjian bersama firma seperti Crypto.com yang merupakan penaja untuk Piala Dunia 2022, ia mungkin menjadi langkah pertama mereka ke dunia kripto.

 

Bulan lalu, kelab itu melancarkan jenis token tidak sepiawai (NFT), mengumpul lebih 1 juta pound (RM5.55 juta) daripada jualan, walaupun 95% daripada token berkenaan tidak terjual.

 

"Peminat telah dirujuk mengenai jualan NFT," tambah Ornstein, 

 

"Difahamkan kemungkinan Liverpool bekerjasama dengan penaja kripto masih belum dibincangkan dengan penyokong," katanya.

 

Perbincangan mengenainya masih dijalankan dengan resolusi terbaik akan dicari dalam tempoh lapan minggu akan datang.

 

Bagaimanapun, perbincangan itu didakwa melibatkan perjanjian bernilai 35 juta pound (RM194.25 juta), lebih rendah berbanding perjanjian sedia ada Standard Chartered. - DagangNews.com