Tasik Cermin Eco Park Ipoh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan eko kuari pertama di dunia | DagangNews Skip to main content

Tasik Cermin Eco Park Ipoh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan eko kuari pertama di dunia

Tasik Cermin merupakan salah satu daripada 19 geotapak yang terletak di dalam Geopark Lembah Kinta. - DagangNews.com
oleh ZAKI SALLEH

Tarikan pelancongan terbaharu, Tasik Cermin dekat Gunung Rapat di Ipoh, kini sedang dimajukan menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa sebagai taman eko kuari pertama di dunia.

 

Tasik Cermin yang terletak dalam kawasan gua batu kapur berusia 480 juta tahun secara rasmi dibuka kepada pengunjung pada Februari lalu dan hanya 20 minit pemanduan dari bandar raya Ipoh.

 

Kawasan seluas 65 ekar yang terletak di Gunung Rapat itu menawarkan pengalaman pelancongan unik dengan keindahan alam sekitar yang tiada di bandar raya lain.

 

Dengan nama terkini Tasik Cermin Eco Park Ipoh, ia sekali gus menjadi produk pelancongan terbaru bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke bandar raya Ipoh dan Perak.


 

tasik cermin
Tasik Cermin merupakan taman ekokuari yang pertama di dunia dan mempunyai potensi pelancongan besar.


 

Pembangunan eko pelancongan dan agro pelancongan Tasik Cermin itu kini diletakkan di bawah pengurusan Majuperak Holdings Berhad (Majuperak) susulan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada September lalu.

 

Majuperak dengan kerjasama rakan strategiknya, STG World Sdn. Bhd. dijangka membangunkan kawasan tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun.

 

Pelbagai kemudahan tarikan pelancong akan dibina dalam tempoh tersebut antaranya flying fox, wall climbing, trek hutan, taman adventure, chalet penginapan, kiosk perniagaan dan lain-lain.


 

tasik cermin
Pengunjung juga boleh menaiki bot untuk meneroka terowong di dalam batu kapur di Tasik Cermin.

 

tasik cermin


 

tasik cermin

 


Fasa pertama kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur serta penyediaan kemudahan awam seperti tandas, surau, restoran dan kafe akan dibina bagi kemudahan kepada pengunjung.

 

Tasik Cermin merupakan kawasan kuari tidak aktif mempunyai dua tasik dan dua terowong yang unik.


 

tasik cermin
Cara untuk masuk ke Tasik Cermin. - Ihsan Malaysia Traveller

 

 

Majuperak menjangkakan pembangunan Tasik Cermin dapat mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan khususnya kepada masyarakat setempat.

 

BACA: Raih lebih lagi pulangan dengan menggabungkan Deposit Bertempoh-i dengan Primewin Casa-i MBSB

 

Ini termasuklah dengan penambahan kemudahan dan tarikan di kawasan tersebut. – DagangNews.com