Pembeli hartanah Singapura di Johor meningkat 20% didorong dolar Singapura yang kukuh, projek RTS Link – Juwai IQI | DagangNews Skip to main content

Pembeli hartanah Singapura di Johor meningkat 20% didorong dolar Singapura yang kukuh, projek RTS Link – Juwai IQI

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 28 Mac - Pembeli hartanah Singapura di Johor meningkat 20% berikutan mata wang dolarnya yang kukuh dan projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS Link), mampu menolak angka sehingga 50,000 menjelang 2030, menurut Juwai IQI.

 

Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kashif Ansari ejen hartanah dan pemaju di Johor Bahru menerima banyak pertanyaan baharu daripada pembeli Singapura berbanding suku terakhir 2022 dan percaya permintaan akan terus kukuh sepanjang 2023.

 

RTS Link dijangka akan merancakkan sempadan Johor dan Singapura, menurut beliau menjelang akhir dekad, bilangan orang menetap di Johor dan ulang alik Singapura untuk bekerja setiap hari boleh meningkat satu pertiga hingga satu setengah.

 

Mengulas lanjut mengenai mata wang, Kashif berkata pembeli Singapura tertarik untuk membeli hartanah di Johor disebabkan dolar Singapura kukuh, hartanah yang agak berpatutan dan kos sara hidup lebih rendah.

 

“Dolar Singapura hari ini mempunyai 5% lebih kuasa membeli berbanding awal bulan lepas dan 40% lebih daripada 10 tahun rendah, jika dibandingkan dengan ringgit Malaysia,” katanya yang melihat lonjakan kuasa membeli negara itu.

 

 

Kashif Ansari
Kashif Ansari

 

 

Beliau berkata harga purata rumah di Singapura adalah S$2 juta atau kira-kira RM6.7 juta, enam kali ganda lebih tinggi daripada harga median rumah di Johor, justeru pembelian tersebut membolehkan mereka memperoleh banyak ruang, pemandangan lebih baik dan tanah yang mereka tidak mampu di negara sendiri.

 

Selain itu, kehidupan harian di Singapura adalah kira-kira empat kali ganda lebih mahal daripada Johor memandangkan kos sara hidup Malaysia yang lebih rendah.

 

“Kos sekolah rendah antarabangsa 80% lebih rendah, utiliti 72% lebih berpatutan manakala pengangkutan dan membeli-belah 75% lebih rendah,” katanya, memetik perangkaan Numbeo, pangkalan data kos sara hidup terbesar dunia.

 

Sementara itu, RTS Link dijangka akan menyaksikan anggaran 150,000 orang berulang alik bekerja di negara itu setiap hari dan mungkin lebih tinggi sebanyak 50,000 menjelang akhir dekad, katanya.

 

"RTS Link memberi harapan kepada pembeli Singapura, jika pembelian dibuat hari ini, hartanah mereka akan bernilai lebih dalam beberapa tahun sahaja.

 

Apabila rangkaian transit baharu dibuka pada 2026, ia akan menyebabkan peningkatan permintaan yang ketara,” ulas beliau. -DagangNews.com