OREO x BLACKPINK dilancar di Malaysia pada Februari 2023 | DagangNews Skip to main content

OREO x BLACKPINK dilancar di Malaysia pada Februari 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Dis - Biskut kegemaran dunia keluaran Mondelēz International, Oreo bekerjasama dengan kumpulan mega wanita dari Korea Selatan, Blackpink untuk melancarkan OREO x BLACKPINK menerusi keluaran produk khas dan rangkaian aktiviti merentasi platform tujuh buah negara di Asia.

 

Tujuh negara terbabit, termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura, Vietnam dan Korea Selatan.

 

Selain itu, kerjasama tersebut akan dilancarkan di Malaysia pada Februari 2023.

 

Kerjasama OREO x BLACKPINK akan menampilkan dua varian tersendiri yang diinspirasikan oleh BLACKPINK. Produk ini akan memasuki peruncit dan saluran e-dagang mulai awal 2023, untuk masa terhad sahaja.

 

Ketua Pemasaran Oreo SEA & Indonesia, Mondelēz International, Vikram Chandratrey berkata, pihaknya sangat teruja mengumumkan kerjasama terbesar tersebut di Asia.

 

Beliau berkata, sepanjang dekad lalu, dunia telah melihat peningkatan besar Kpop dan pengaruhnya yang meluas terhadap budaya Asia. 

 

"BLACKPINK berada di barisan hadapan dan merupakan salah satu ikon terbesar generasi ini. 

 

"Kami tidak sabar-sabar untuk membawa berjuta-juta peminat Oreo dan BLACKPINK bersama-sama untuk mencipta detik permainan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

oreo

 

 

oreo

 

 

oreo

 

 

Butiran aktiviti dan peraduan khas OREO x BLACKPINK yang memberi ganjaran kepada peminat akan didedahkan tidak lama lagi.  - DagangNews.com