Masalah kekurangan bekalan ubat Kotra Industries dijangka selesai akhir tahun ini, kata CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Masalah kekurangan bekalan ubat Kotra Industries dijangka selesai akhir tahun ini, kata CGS-CIMB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Dis - CGS-CIMB Research menjangkakan masalah kekurangan bekalan ubat yang dihadapi Kotra Industries Berhad akan selesai sepenuhnya pada penghujung 2022.

 

Firma itu berkata, mereka difahamkan bahawa situasi itu kembali normal pada Oktober 2022 dan dijangka berlaku penurunan jualan domestik dari suku tahun ke suku tahun pada 2QFY23.

 

"Kotra berkata pemacu utama pertumbuhan 37.9% dari tahun ke tahun dan 18.6% dari suku tahun ke suu tahun dalam jualan domestik 1QFY23 adalah kekurangan ubat kerana hospital swasta/awam dan kedai runcit mengerakan urusan penambahan inventori selepas COVID-19.

 

"Jualan over-the-counter (OTC) juga meningkat setiap tahun, walaupun pada kadar yang lebih perlahan disebabkan permintaan yang berdaya tahan untuk makanan tambahan yang meningkatkan imuniti dan parasetamol," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan pertumbuhan 22% keuntungan bersih bagi 1QFY23 dipacu oleh jualan yang lebih tinggi daripada pasaran tempatan dan keuntungan pertukaran asing.

 

Keuntungan bersih meningkat kepada RM18.24 juta untuk 1QFY23 daripada RM14.92 juta setahun lalu, manakala hasil meningkat 27% kepada RM64.75 juta daripada RM51.09 juta dalam tempoh itu.

 

Jualan ke pasaran tempatan adalah lebih tinggi dengan ketara pada 1QFY23 berikutan peningkatan dalam permintaan untuk ubat-ubatan.

Firma itu berkata, kumpulan itu menyasarkan untuk melancarkan antara dua ke tiga produk baharu setahun dan sedang dalam perancangan untuk ubat suntikan steril endokrinologi dan onkologi baharu di bawah jenama Vaxcelnya.

 

Memandangkan bahagian pasarannya yang kecil dalam semua 36 pasaran eksportnya, kumpulan itu merancang untuk menyatukan beberapa pasaran pada tahun akan datang selain mempelbagaikan pasaran semasanya (terutamanya ASEAN dan Afrika).

 

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM5.26," katanya. - DagangNews.com