KFC perkenal variasi hidangan Kepci FC baharu sempena musim sukan | DagangNews Skip to main content

KFC perkenal variasi hidangan Kepci FC baharu sempena musim sukan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Nov - KFC datang menyerang dengan variasi hidangan Kepci FC baharu untuk meraikan perlawanan sukan yang amat ditunggu-tunggu dan musim keraian hujung tahun. 

 

Sebagai permulaan, Kepci FC memperkenalkan 'KFC Spicy Cheese Crunch' baharu untuk waktu terhad yang mana ayam 'Hot & Spicy' digoreng sehingga perang keemasan dan disalut dengan gabungan serbuk keju dan rempah cili untuk memberikan rasa pedas membakar semangat.

 

Perisa keju baharu ini juga boleh didapati dalam bentuk burger 'KFC Spicy Cheese Burger' yang diperbuat menggunakan filet 'Zinger' rangup yang disaluti campuran serbuk 'Spicy Cheese', kemudian dilengkapi dengan sos mayo Spicy Cheese, lapisan salad cincang segar dan dihidangkan bersama ban bijan bakar. 

 

Turut ada dalam menu Kepci FC adalah 'Bucket Dipidap' yang mengandungi hidangan-hidangan sampingan kegemaran KFC termasuk 'Spicy Nuggets' baharu dan beberapa sos pencicah yang bersesuaian dikongsi bersama rakan dan keluarga. 

 

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, pihaknya sentiasa ingin menggembirakan pelanggan dengan produk baharu yang sedap hingga menjilat jari. 

 

"Terdapat pelbagai keraian pada hujung tahun termasuk upacara sukan, dan untuk meraikannya kami telah mencipta beberapa produk yang sesuai untuk dimakan bersama-sama rakan dan keluarga. 

 

 

kfc

 

 

kfc

 

 

kfc

 

 

"Kami berharap para peminat menikmati produk baharu sambil menyorak pasukan kegemaran atau ketika lepak bersahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Spicy Cheese Crunch, Burger dan Bucket Dipidap boleh didapati sekarang di restoran KFC seluruh negara, bermula RM12.99. 

 

 

kfc

 

 

kfc

 

 

kfc

 

 

Spicy Cheese Burger boleh didapati secara 'ala carte' dan 'Kombo', sementara Spicy Cheese Crunch boleh didapati dalam Kombo 2-ketul dan 3-ketul. Pelanggan juga boleh menikmati kedua-dua ayam goreng dan burger dengan 'Box Meal'.

 

Pada waktu yang sama, 'Holiday Bucket' dengan 'Shrimp Nuggets', ketulan udang empuk dan lazat yang disaluti serbuk roti lalu digoreng sempurna sehingga perang keemasan, juga boleh didapati untuk waktu terhad. 

 

 

kfc

 

 

kfc

 

 

kfc

 

 

Holiday Bucket boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, dan 12-ketul, sementara Shrimp Nuggets juga boleh didapati secara ala carte. 

 

Dapatkan kesemuanya di restoran, pandu lalu, penghantaran dan 'Self Collect'. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC baharu untuk membuat pesanan. - DagangNews.com