DELUX buka pusat pameran pintu pagar automatik, sekuriti terbesar di Johor | DagangNews.com Skip to main content

DELUX buka pusat pameran pintu pagar automatik, sekuriti terbesar di Johor

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Okt - Salah sebuah pengeluar pintu pagar automatik dan sekuriti terkemuka di Asia Tenggara, DELUX Holdings (M) Sdn Bhd (DELUX) membuka bilik pamerannya di Johor Bahru, yang merupakan bilik pameran terbesar untuk pintu pagar automatik dan pintu sekuriti di Johor.

 

Bilik pameran yang terletak di Taman Ekoperniagaan itu berfungsi sebagai pintu masuk untuk pelanggan melihat dan merasai rangkaian produk DELUX dan ciri-cirinya dengan lebih baik.

 

Bagi meraikan pembukaan itu, DELUX menawarkan promosi istimewa kepada 80 pelanggan pertama untuk menikmati 40% potongan pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan potongan 30% untuk pintu sekuriti aluminium.

 

Pengasas DELUX Datuk Dylan Chui Saig Herg berkata, mereka berasa sangat gembira dengan pembukaan bilik pameran terbesar di Selatan Malaysia yang membawa produk dan perkhidmatannya lebih dekat dengan pelanggan, terutamanya di Johor. 

 

“Kami percaya pembukaan bilik pameran kontemporari ini tepat pada masanya dalam usaha membantu pelanggan kami memenuhi impian mereka untuk membina rumah yang lebih baik dan selamat. Ia juga memberi kami peluang untuk menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik secara peribadi.

 

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus meningkatkan kehadiran kami di dalam dan luar talian. Salah satu rancangan adalah untuk melancarkan bilik pameran pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti aluminium yang terbesar di Malaysia pada tahun 2023, kami tidak sabar untuk melihatnya menjadi kenyataan. 

 

"Kami akan terus mengkaji dan menghasilkan produk serta reka bentuk baru pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

delux
Datuk Dylan Chui Saig Herg (dua, kanan) ketika pelancaran bilik pameran di Johor Bahru

 

 

Bilik pameran Johor terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk Kawasan Paparan Contoh yang mempamerkan sehingga 6 set pintu pagar automatik aluminium tanpa trek yang tersedia dalam 4 panel, 6 panel dengan spesifikasi berbeza serta 10 set pintu sekuriti aluminium, pintu tersedia dalm satu panel, satu setengah dan 2 panel selebar 8 kaki atau 2.4 meter.

 

Ia juga dilengkapi dengan kawasan bermain untuk kanak-kanak, sementara golongan dewasa mencari produk yang sesuai untuk kediaman mereka yang indah. 

 

Selain Kawasan Perbincangan dan Kawasan Dinding Honor, terdapat juga Sudut Testimoni untuk membantu pengunjung mengetahui pengalaman pelanggan lain setelah memilih produk DELUX, terutamanya servis sebelum dan selepas pembelian.

 

Selain pembukaan bilik pameran, DELUX telah melancarkan logo baharu untuk meningkat dan mengukuhkan semula identiti jenamanya kerana reka bentuk produk mereka sering menjadi mangsa plagiarisme walaupun memiliki hak harta intelek.

 

Direka bentuk agar lebih mudah diingati dan dikenali, logo baharu itu menandakan DELUX sebagai "The One" yang menyediakan gabungan ajaib kemewahan dan peningkatan status. Ia akan digabungkan ke dalam reka bentuk dan penjenamaan DELUX. - DagangNews.com