CTOS sumbang bantuan makanan bernilai RM30,000 untuk masyarakat Orang Asli kurang bernasib baik | DagangNews Skip to main content

CTOS sumbang bantuan makanan bernilai RM30,000 untuk masyarakat Orang Asli kurang bernasib baik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Dis - Kira-kira 100 keluarga masyarakat Orang Asli menerima peruntukan makanan berjumlah RM30,000 daripada CTOS Digital Berhad, sebagai satu usaha tanggungjawab sosial korporatnya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS, Erick Hamburger berkata, pemberian tersebut sebahagian daripada tonggak kelestarian sosial syarikat untuk membawa kegembiraan kepada komuniti Orang Asli yang kurang bernasib baik.

 

Beliau berkata, sumbangan makanan itu merupakan lanjutan daripada inisiatif kemampanan syarikat di bawah tonggak sosial, dan merangkumi komitmen CTOS untuk membuat lebih banyak untuk masyarakat terutamanya kumpulan minoriti dan mereka yang memerlukan.

 

“Sebagai sebuah Agensi Pelaporan Kredit terkemuka di Malaysia, kami percaya kepada pembangunan mampan dan dalam memberikan impak yang positif kepada masyarakat. 

 

"Hal ini termasuklah mengambil perhatian kepada segala aspek kebajikan masyarakat kita dan kami juga ingin memupuk sikap tanggungjawab tersebut dalam kalangan ahli CTOS kami sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Erick berkata, bakul makanan ini mengandungi keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, susu, minuman dan tin sardin yang memberi manfaat kepada komuniti tersebut terutamanya kepada mereka yang memerlukan seperti warga emas, anak yatim dan ibu tunggal.

 

Inisiatif ini adalah kerjasama bersama The Human and Nature Development Society (HANDS) dan lebih dari 50 sukarelawan daripada CTOS Digital Berhad untuk mengagihkan bantuan makanan.

 

 

ctos

 

 

ctos

 

 

Di samping itu ia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan kanak-kanak Orang Asli di Kampung Sungai Rasau Hilir. 

 

HANDS telah menjalankan lebih 100 program dengan masyarakat Orang Asli sepanjang 30 tahun ini bagi mendengar rintihan warga kurang bernasib baik dan menyediakan keperluan asas.

 

Pengerusi HANDS, Dr Kannan Raman berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada CTOS Digital kerana mengagihkan makanan, yang akan membantu mengurangkan beban masyarakat Orang Asli. - DagangNews.com