CCK Consolidated dijangka catat untung bersih teras lebih lemah bagi 4QFY22, kata CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

CCK Consolidated dijangka catat untung bersih teras lebih lemah bagi 4QFY22, kata CGS-CIMB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Nov - CGS-CIMB Research mengunjurkan CCK Consolidated Holdings Berhad mencatatkan untung bersih teras yang lemah pada 4QFY22 berdasarkan jualan yang lebih lemah disebabkan penurunan kuasa membeli akibat tekanan inflasi.

 

Firma itu berkata, selain itu ia juga didorong kos input yang lebih tinggi kesan darpada ringgit yang lebih lemah selain prestasi bermusim yang lebih lemah daripada unit perkhidmatan makanannya selain segmen udang yang juga mencatatkan permintaan rendah disebabkan faktor bermusim.

 

"Bagaimanapun kami mengunjurkan kumpulan itu mencatatkan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak 6.6% dan 5.7% untuk FY23 dan FY24 disorong oleh segmen runcit.

 

"Perniagaan ayam dan itik juga akan menjadi antara penyumbang kepada keuntungan disokong harga kos makanan yang lebih rendah dan sumbangan daripada segmen PT Bozana," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan untung teras bersih sebanyak RM13 juta untuk 3QFY22 menjadikan untung bersih teras untuk 9MFY22 kepada RM36 juta.

 

Pencapaian itu mengatasi unjuran firma sebanyak 83.8% dan unjuran tahun penuh Bloomberg sebanyak 86.5%.

 

Firma itu berkata, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) 3QFY22 melonjak 87.4% kepada RM27 juta kesan daripada kawalan kos perkembangan margin keuntungan daripada kenaikan harga jualan.

 

Katanya, EBITDA bagi segmen ayam dan itik meningkat kepada RM7.3 juta disokong oleh subsidi kerajaan sebanyak RM7.5 juta.

 

"Kami mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi sebanyak RM1.03 sesaham," katanya. - DagangNews.com