Cagaran wang caruman untuk buat pinjaman bank tidak bercanggah Akta KWSP - PM | DagangNews Skip to main content

Cagaran wang caruman untuk buat pinjaman bank tidak bercanggah Akta KWSP - PM

KUALA LUMPUR 21 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman mereka tidak bercanggah dengan Seskyen 51, Akta KWSP.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan telah merujuk kepada pihak KWSP dan Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat undang-undang berkenaan perkara itu.

 

Menurutnya, kepentingan peminjam juga dipelihara melalui kaedah berkenaan apabila dividen masih diteruskan KWSP walaupun diberikan cagaran.

 

“Umpamanya RM50,000 sebagai pinjaman, tetapi dividen itu akan diberikan sepenuh ikut kumpulan asal. Jadi tidak dipotong (dividen),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Bernama.

 

 

PM
                                                                      Datuk Seri Anwar Ibrahim

 

 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) mengenai adakah kaedah cagaran itu melanggar Akta KWSP, dan sama ada Perdana Menteri mendapatkan nasihat Peguam Negara mengenai hal berkenaan. - DagangNews.com