AirAsia anjur temuduga terbuka kru kabin di Miri pada 1 Disember 2022 | DagangNews Skip to main content

AirAsia anjur temuduga terbuka kru kabin di Miri pada 1 Disember 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Nov - AirAsia mempelawa rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkecimpung dalam bidang penerbangan, terutamanya yang berada di sekitar bandar raya Miri, Sarawak untuk menyertai temuduga terbuka Kru Kabin AirAsia di Bullion Function Room, Hotel Jinhold Miri pada 1 Disember 2022.

 

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata, pendaftaran akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.

 

"Berminat mengembara dan meraih pengalaman bekerja 34,000 kaki di atas paras laut? Jika anda seorang yang cergas dan bertenaga, meminati bidang penerbangan serta mempunyai personaliti menarik, sila datang awal untuk pendaftaran.

 

"Kru kabin AirAsia yang terkenal di seluruh dunia dengan pakaian seragam merah ikonik mereka, serta layanan terbaik dan mesra adalah kunci di sebalik pengiktirafan antarabangsa yang diraih AirAsia, termasuklah sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai kru kabin penerbangan tambang rendah terkemuka Asia selama bertahun-tahun," katanya.

 

Menurutnya, semua kru kabin AirAsia haruslah mematuhi dan melaksanakan piawaian keselamatan yang tinggi pada setiap masa dan memastikan tetamu menikmati pengalaman penerbangan yang selesa setiap kali mereka terbang dengan AirAsia.

 

Klik di sini untuk butiran lanjut mengenai temuduga terbuka kru kabin AirAsia di Miri: http://bit.ly/3i8Y0qP

 

 

airasia

 

 

Ikuti @AirAsiaCabinCrew di Instagram dan TikTok untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com