144 usahawan tingkatkan kefahaman pemasaran bisnes menerusi Millionaire Marketing Masterclass anjuran RichWorks | DagangNews Skip to main content

144 usahawan tingkatkan kefahaman pemasaran bisnes menerusi Millionaire Marketing Masterclass anjuran RichWorks

Seramai 144 usahawan berjaya melengkapkan pembelajaran sepanjang lima bulan dan layak meraih sijil tamat latihan daripada RichWorks. 
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Mac - Seramai 144 usahawan dilengkapkan dengan kefahaman menyeluruh dalam soal pemasaran bisnes dalam berdepan pelbagai cabaran di luar sana. 

 

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd, usahawan tersebut merupakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terdiri daripada pelbagai industri dari seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura. 

 

Katanya, mereka dipersiapkan dengan kemahiran praktikal agar dapat menggunakan strategi yang betul dalam situasi berbeza. 

 

"Perjalanan mereka ini bermula pada November tahun lalu yang mana perlu melalui program secara fizikal di dewan dan kemudiannya pembelajaran dalam talian selama tiga bulan. 

 

"Mereka berjaya melengkapkan pembelajaran yang ditetapkan dalam 'Millionaire Marketing Masterclass' (MMM) setiap minggu berkaitan pemasaran terutama dari segi mesej, medium dan pasaran bisnes," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Radz berkata, daripada 400 usahawan, hanya 144 usahawan yang berjaya melengkapkan pembelajaran sepanjang lima bulan layak mendapatkan sijil tamat latihan daripada RichWorks. 

 

Beliau berkata, MMM merupakan program yang ditambah baik dan dilengkapkan dengan ilmu terkini dan panduan pemasaran yang terbukti membantu bangsa usahawan. 

 

 

richworks

 

 

Katanya, soal pemasaran sangat penting yang mana perlu dijalankan setiap hari bagi memastikan bisnes mampu terus bertahan dan berkembang.

 

Tambah beliau, Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman selalu mengingatkan anak didiknya bahawa pemasaran ini umpama oksigen bagi sesebuah bisnes. 

 

 

richworks

 

 

Katanya, tanpa oksigen, pastinya sukar untuk seseorang itu bernafas dan akhirnya boleh menyebabkan kematian. 

 

"Begitu juga yang akan terjadi bagi sesebuah bisnes jika mereka tak berterusan menjalankan pemasaran termasuk tersilap strategi dalam hal itu," ujarnya. - DagangNews.com