Co-opbank Pertama sasar buka 36 cawangan di seluruh negara menjelang 2026 | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama sasar buka 36 cawangan di seluruh negara menjelang 2026

Datuk Zazali Haron melawat cawangan ke-29 Co-opbank Pertama di Kubota Square, Tawau, Sabah pada 31 Ogos 2022.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Sept - Co-opbank Pertama (CBP) menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 36 buah cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2026.

 

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, sasaran itu seperti yang dirancang di dalam Pelan Strategik CBP 2022-2026 yang telah dilancarkan pada 31 Mei 2022.

 

Beliau berkata, CBP akan terus memperkenalkan beberapa produk dan model perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan anggota serta pelanggan CBP. 

 

Katanya, CBP telah membuka cawangannya yang ke-29 di Kubota Square, Tawau, Sabah dalam usaha memenuhi keperluan masyarakat setempat.

 

"Ini merupakan cawangan yang kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu. Dengan pembukaan cawangan di Tawau ini, ia merupakan salah satu strategi CBP untuk membawa produk dan perbankan terus kepada penduduk di Negeri Di Bawah Bayu ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 

Tambah Baharom, beliau turut menyeru agar penduduk Tawau terus menyokong CBP dengan melanggan produk dan perkhidmatan perbankan patuh syariah di CBP.

 

Terdahulu, pembukaan cawangan CBP itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Zazali Haron.

 

 

cbp
Datuk Zazali Haron

 

 

cbp
Datuk Zazali Haron menandatangani plag perasmian cawangan ke-29 Co-opbank Pertama di Kubota Square, Tawau, Sabah pada 31 Ogos 2022. Turut kelihatan, Datuk Baharom Embi (dua dari kanan), Nur Hidayah Omar (kanan) dan Khairil Anuar Mohammad Anuar (kiri).

 

 

Turut hadir ke majlis berkenaan, Timbalan Pengerusi CBP, Nor Hidayah Omar serta anggota lembaga CBP, Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, pengurusan kanan CBP, wakil-wakil agensi kerajaan dan kakitangan CBP.

 

Turut diadakan program kayuhan merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022. - DagangNews.com