Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 4 December 2020

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

 

 

ADAKAH isu-isu yang wujud dalam pembangunan kerjaya kini menyebabkan kemerosotan nilai prestasi pekerja masa hadapan, dan bagaimana penyataan dan pengurusan pekerja itu mempunyai hubungan kepada pengaruh kerjaya dalam kehidupan masyarakat kini. Tekanan sumber pendapatan menjadikan seorang pekerja memilih untuk bekerja lebih daripada satu pekerjaan.

 

Apabila seorang pekerja yang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan, kepincangan pengukuran kepuasan kerja pekerja dalam organisasi dan pembentukan masyarakat yang tidak jujur dengan kerjaya bakal berlaku.  

 

Pengukuran tahap kesihatan para pekerja yang sakit disebabkan mempunyai lebih dari satu pekerjaan juga berlaku namun pembayaran bil ditanggung oleh organisasi yang membayar gaji tetap, adakah keadaan ini disedari oleh pihak pengurusan organisasi.

 

Dapat dihuraikan apabila seorang pekerja tetap di dalam sesebuah organisasi menjadikan penyusunan tugasan yang cemerlang dan disertakan dengan penunaian deskripsi kerja yang terbaik dikategorikan oleh para penilai prestasi kerja sebagai berjaya menjalankan kewajipan kerja yang telah dipertanggungjawabkan, malahan dinaikkan pangkat disebabkan prestasi mendatar dan tetap tersebut.

 

Pihak pengurusan organisasi tidak menyedari bahawa para pekerja tetap telah mengambil dan mengguna pakai kemudahan (talian telefon, talian alam maya, dan pengiklanan) untuk kepentingan dan kemajuan kerjaya yang lain. Maka konflik pembayaran pembelanjaan guna pakai kemudahan tidak diketahui itu ditanggung oleh pihak pengurusan.

 

Adakah penyelesaian masalah pekerja mempunyai kerja yang lain selain daripada kerja tetap itu dilakukan dengan mempraktikkan perubahan struktur guna tenaga kepada pengurangan bayaran tambahan para pekerja yang telah mendaftarkan mempunyai bilangan pekerjaan lebih daripada tugasan tetap di dalam organisasi?

 

Maksimum tiga sahaja

Cadangan diberikan seperti para pekerja boleh mempunyai lebih daripada satu tugasan tetap tetapi tidak boleh lebih daripada tiga pekerjaan sampingan. Pekerjaan sampingan itu perlulah didaftarkan kepada pihak pengurusan sumber manusia di dalam organisasi dan sekiranya bilangan hasil dapatan gaji sampingan melebihi 70% daripada gaji yang diberi, maka pekerja tersebut dimestikan untuk menyumbangkan 10-20% hasil dapatan tersebut kepada organisasi atas keberangkalian penggunaan kemudahaan asas di dalam organisasi.

 

Namun demikian adakah cadangan tersebut dapat menyelesaikan pemasalahan prestasi kerja para pekerja yang bekerja lebih daripada satu pekerjaan tetap di dalam organisasi, atau adakah cadangan tersebut bakal menyumbang masalah lebih kritikal kepada prestasi kerja seperti tidak memberi tumpuan baik kepada perkembangan prestasi kerja, tidak jujur dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dan bakal menwujudkan perhubungan yang tidak harmoni antara majikan dan pekerja lain.

 

Maka itu amat jelas di dalam organisasi amanah bekerja didalam organisasi amat diperlukan, mempertahankan budaya kerja progresif, kesetiaan terhadap kerjaya hendaklah dilaksanakan dengan jujur dan perlu dipantau oleh pihak yang dipertanggungjawabkan oleh organisasi.

 

Pembentukan masyarakat berkerjaya dengan patuh dan sentiasa meningkatkan prestasi kerja semasa menghasilkan dan menyumbangkan kepada percambahan pemikiran dan idea-idea baru tentang peningkatan prestasi kerjaya.

 

aaa

 

Pencambahan pemikiran dan idea-idea baru ini adalah hasil yang amat bernilai untuk perkembangan prestasi organisasi. Dalam organisasi, perkembangan penghasilan nilai pekerjaan yang dinamik dari segi polisi dan pelaksanaan tugasan para pekerja amat diutamakan. Pelaksanaan peranan positif kepada organisasi dengan menyediakan latihan kerjaya yang tepat kepada golongan pekerja menghasilkan pulangan imej dan moral dalam kerjaya dan juga pulangan pembelanjaan yang tepat.

 

Pembentukan masyarakat berkerjaya dan mempunyai pelbagai jenis kerjaya lain yang tidak diketahui oleh pihak organisasi, pekerja tetap ini telah mengamalkan pembangunan dan perubahan kerjaya mendatar malahan peningkatam prestasi tidak dikisahkan hanya melaksanakam tugasan dan menunggu bayaran gaji bulanan tanpa kisah atas perkembangan prestasi bulanan dan tahunan.

 

Dapat dirungkaikan penyataan tersebut, pengaruh penting dalam kehidupan masyarakat ini adalah sentuhan kepada perkembangan psikologi, moral, sosial dan ekonomi.

 

Pengaruh kerjaya lengkap mempunyai pengaruh yang luas untuk keberkesanan pembentukan masyarakat berkerjaya, ini telah diberikan landasan bahawa asas penting untuk membangunkan dan mengubah persekitaran kerjaya seorang indivdiu, masyarakat dan negara adalah berdasarkan konsep membangun dan penghayatan satu kerjaya yang mempunyai kemahiran dan pengurusan bidang diperlukan dalam memilih suatu kerjaya yang telah diterokai para pekerja itu sendiri.

 

Di dalam pelaksanaan pembangunan kerjaya cemerlang di dalam organisasi,  kesinambungan kukuh terhadap individu, persekitaran atau masyarakat dan pemilihan kerjaya itu sendiri amat penting di dalam membentuk masyarakat berkerjaya, ia bukan saja mengadakan peluang-peluang pekerjaan tetapi perlu memberi pengetahuan luas mengenai pemilihan kerjaya berdasarkan pemahaman deskripsi kerja.

 

Impak COVID-19

Permasalahan pemberhentian kerja dan pertukaran bidang kerja dalam situasi COVID-19 terkini amat ketara, keberangkalian yang mana para pekerja akan mencari pekerjaan bukan saja tidak berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman sendiri.

 

Keadaan ini akan menyumbang kepada perubahan struktur guna tenaga yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi kepada pekerja yang kurang kemahiran ini terpaksa dipilih tanpa melibatkan aliran pengetahuan dan latihan. Situasi tersebut menghasilkan para pekerja tidak berkemahiran tinggi, pekerja tidak dilahirkan berdasarkan pengetahuan tetapi hanya untuk guna pakai tenaga dan pekerja mengambil masa lama bagi memahami penyelesaian konflik dan isu-isu kerjaya yang telah dipertanggungjawabkan di dalam organisasi atau perniagaan.

 

Maka pembangunan kerjaya yang pincang bakal melahirkan para pekerja tidak dapat membaiki taraf hidup, terpaksa tidak mempedulikan pencorakkan budaya kerja cemerlang dan mencabar, menyumbang kepada penurunan taraf pendapatan per kapita negara, melandaikan peningkatan pembangunan dan serta membantutkan kemajuan ekonomi negara, semua ini adalah kesan daripada perubahan tidak dinamik masyarakat berkerjaya.

 

Keperluan untuk menyedarkan kepada organisasi, individu dan masyarakat untuk menyedari pembentukan masyarakat berkerjaya ia memerlukan rombakan dan penyusunan kerjaya yang berkesan dengan pemahaman terperinci dan dilaksanakan dalam semua sektor ekonomi, sektor perkhidmatan, sektor bandar, luar bandar, sektor pentadbiran, sektor korporat dan sektor industri.  

 

Ini jelas diperkatakan bahawa sumber manusia merupakan modal yang penting untuk melaksanakan pembangunan ekonomi organisasi, masyarakat dan negara.

 

Maka rombakan dan penyusunan kerjaya ini termasuk kepada penglibatan para pekerja tetap yang mempunyai kerja-kerja sampingan yang keberangkalian bakal meningkatkan pendapatan para pekerja tetapi menyumbang kepada pelaksanaan tenaga kerja yang tidak cemerlang, sikap terhadap peradapan kerjaya yang tidak jujur, tidak mahir dan mematikan nilai sumber tenaga manusia kepada yang tidak produktif dan tidak dinamik.

 

aaa

 

Kualiti individu dalam pembangunan kerjaya menjadi penghasilan dorongan dan pencetusan perubahan sosial, maksud perubahan sosial ini adalah keberkesanan terhasil daripada kelahiran individu iaitu pekerja berkualiti menyumbang kepada perubahan segi pemikiran, sikap, gaya hidup, taraf hidup, pemahaman ideologi dan perubahan budaya.

 

Di dalam keadaan semasa ini, kesulitan untuk mendapat pekerjaan, peluang untuk memilih pekerjaan, pengangguran, diskriminasi majikan, upah yang rendah boleh menjadikan kualiti individu di dalam pembangunan kerjaya itu gagal.

 

Pelaksanaan pengaruh kerjaya dari aspek psikologi seperti keadaan tidak sihat, tekanan, keyakinan kerja yang rendah dan nilai kreativiti yang merosot berlaku.

 

Tandus kekuatan moral

Dari segi aspek moral pengaruh kepincangan kerjaya ini menjadikan individu tersebut ketandusan kekuatan moral, pelaksanaan nilai etika dan integriti personal terhadap kerjaya merosot atau tidak bernilai.

 

Keadaan tersebut menyumbang kepada pencapaian yang tidak ada keselesaan ekonomi diri sendiri, masyarakat malahan negara. Pembangunan kerjaya merupakan satu indikator penting untuk menyatakan pembangunan dan kemajuan masyarakat di dalam negara.

 

Dapat dicadangkan supaya mengekalkan pembangunan kerjaya masyarakat kini seolah dikategorikan sebagai tidak dinamik tidak progresif, tidak moden, tidak maju, tidak mempedulikan daya saing dan tidak mempedulikan dasar pembangunan negara.

 

Maka masyarakat harus mengambil tindakan untuk memahami dan mengamalkan semangat berkerjaya dengan patuh, kukuh, ikhlas, sentiasa memahami perkembangan semasa dari segi teknologi terkini, ekonomi terkini dan ideologi terkini.

 

Apabila pembangunan kerjaya itu dijadikan kepentingan dalam pembangunan ekonomi negara terkini, maka keutamaan dalam memastikan kemajuan kerjaya dengan menggariskan kualiti sumber manusia, mengutamakan perubahan nilai menghargai kerjaya, mengamalkan budaya kerja yang progresif, memahami budaya keusahawanan, meningkatkan nilai kemahiran, amanah dan jujur dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan bermaruah.

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah.

 

 

KOLEKSI DEWI

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags