| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kenaikan cukai gula beri impak minimum kepada Power Root

KUALA LUMPUR 31 Okt - Kenaikan cukai gula dijangka hanya memberi impak minimum kepada Power Root Bhd. meskipun minuman pracampuran menyumbang kira-kira 75% daripada keseluruhan jualan.

 

U Mobile tandatangani perjanjian akses dengan DNB, sedia perkhidmatan 5G mulai 3 November ini

KUALA LUMPUR 31 Okt - U Mobile telah menandatangani Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Bhd. (DNB) semalam yang akan menyaksikan perkhidmatan 5G tersedia secara komersial kepada pelanggannya.

 

Pop Meals tawar hadiah peraduan lebih RM122,222 sempena ulang tahun ke-2

KUALA LUMPUR 31 Okt - Restoran makanan segera Malaysia, Pop Meals meraikan ulang tahun ke-2 menerusi penganjuran peraduan 'Snacks & Ladders' dengan menawarkan hadiah wang tunai lebih RM122,222 kepada pelanggan setia mereka.

 

RHB Investment naikkan penarafan UEM Edgenta kepada 'beli', jangka suku keempat lebih kukuh

KUALA LUMPUR 31 Okt - RHB Investment Bank menaikkan penarafan UEM Edgenta Bhd. kepada 'beli' berbanding 'neutral' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah pada RM1.46 daripada RM1.70 sesaham sebelum ini. 

 

Kenaikan kadar faedah AS jejaskan permintaan produk Homeritz, HLIB semak turun penarafan kepada 'pegang'

KUALA LUMPUR 31 Okt - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menyemak turun penarafan Homeritz Corp. Bhd. kepada 'pegang' berbanding 'beli' dengan harga sasaran lebih rendah pada 53 sen daripada 69 sen sesaham sebelum ini. 

 

DELUX buka pusat pameran pintu pagar automatik, sekuriti terbesar di Johor

KUALA LUMPUR 31 Okt - Salah sebuah pengeluar pintu pagar automatik dan sekuriti terkemuka di Asia Tenggara, DELUX Holdings (M) Sdn Bhd (DELUX) membuka bilik pamerannya di Johor Bahru, yang merupakan bilik pameran terbesar untuk pintu pagar automatik dan pintu sekuriti di Johor.