| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tiada kenaikan pada Januari, MIDF Research jangka OPR cecah 3% menjelang Mac

KUALA LUMPUR 19 Jan - MIDF Resarch menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan kembali meningkatkan semula Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3% seperti sebelum pandemik COVID-19 dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Mac ini.

 

Rakyat Malaysia dengan gaji minimum belanja RM405 sebulan beli makanan asas - kajian Picodi

PETALING JAYA 19 Jan - Rakyat Malaysia yang memperoleh gaji minimum membelanjakan RM405.46 sebulan untuk membeli sebakul barangan makanan asas, menurut laporan oleh perkhidmatan beli-belah, Picodi.

 

Suhaimi Sulaiman sah dilantik sebagai Ketua Pengarah RTM

KUALA LUMPUR 19 Jan – Kementerian Komunikasi dan Digital mengumumkan pelantikan Suhaimi Sulaiman menerajui Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.

 

Ini mengesahkan laporan eksklusif DagangNews.com mengenai pelantikan Suhaimi pada 6 Januari lalu.

 

Kerajaan struktur semula ekonomi berlandaskan tiga keutamaan strategik - PM Anwar

PUTRAJAYA 19 Jan - Kerajaan akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia Madani.

 

BNM kekalkan OPR pada 2.75%, atasi jangkaan penganalisis

KUALA LUMPUR 19 Jan - Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang pertama tahun ini, sekali gus mengatasi jangkaan penganalisis sebelum ini.

 

Lalamove sasar terus kembangkan perkhidmatan di Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Jan – Lalamove menjangkakan pertumbuhan dan perkembangan di negara ini dengan memperluas liputan dan jarak penghantaran serta perkhidmatan yang ditawarkan.