KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun tersebut.
KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan akan mengkaji semula perincian projek MRT3 untuk memastikan nilai terbaik dan yakin dapat mencapai penjimatan tambahan sekurang-kurangnya di bawah RM45 bilion.
KUALA LUMPUR 24 Feb - Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Pada masa sama, sebanyak RM350 akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
KUALA LUMPUR 24 Feb - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada tahun lepas.