| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Deleum raih kontrak selama 4 tahun daripada ExxonMobil bagi penyediaan perkhidmatan Slickline

KUALA LUMPUR 5 April - Deleum Berhad menerusi anak syarikatnya, Deleum Oilfield Services Sdn. Bhd. menerima surat anugerah (LOA) daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. bagi menyediakan peralatan dan perkhidmatan Slickline.

 

MVA gesa kerajaan pinda peraturan sedia ada kawal selia produk vape

KUALA LUMPUR 5 April - Malaysian Vapers Alliance (MVA) menggesa kerajaan meminda peraturan sedia ada bagi membolehkan kawalan ke atas produk vape sementara menunggu rang undang-undang baharu dibentang dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang.

 

Nik Airina dilantik Pengarah Urusan PLUS berkuat kuasa 1 Mei 2023

KUALA LUMPUR 5 April - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) melantik Datuk Nik Airina Nik Jaffar selaku Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa 1 Mei 2023.

 

UMW Toyota Motor catat peningkatan jualan sebanyak 12% kepada 25,219 unit pada suku pertama 2023

KUALA LUMPUR 5 April - UMW Toyota Motor mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 12% bagi suku pertama 2023 selepas mendaftarkan sejumlah 25,219 unit Toyota dan Lexus sehingga Mac 2023 berbanding 22,447 unit yang didaftarkan sehingga Mac 2022.

 

PTPTN umum dividen Simpan SSPN 2022 sebanyak 3.05%

KUALA LUMPUR 5 April - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi 2022 sebanyak 3.05%.

 

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 3.2% tahun ini - S&P Global

KUALA LUMPUR 5 April - Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka pada 3.2% tahun ini, berikutan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.7% pada 2022, kata S&P Global (S&P).