| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sambutan Hari Malaysia 2025 diadakan di Pusat Konvensyen Picca, Butterworth - Fahmi

GEORGE TOWN 30 Jun (Bernama) - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 Sept ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth dekat sini, dengan pelbagai pengisian menarik.

 

Hyrax Oil dilantik sebagai pengedar tunggal minyak transformer lestari Ergon di Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Jun - Hyrax Oil Sdn Bhd, dilantik sebagai pengedar tunggal minyak transformer berasaskan ester keluaran Ergon Oil (Singapore) di Malaysia, sekali gus membuka peluang kerjasama untuk menyokong penggunaan tenaga hijau di Asia.

 

Bekas jurubank pelaburan dipenjara 2 tahun, denda RM1 juta kerana penipuan sekuriti 

KUALA LUMPUR 30 Jun - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang bekas jurubank pelaburan dan denda RM1 juta, atau jika ingkar enam bulan penjara, atas kesalahan penipuan sekuriti melibatkan RM201,000.

 

Cambodia Airways mula operasi penerbangan terus Phnom Penh–Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 30 Jun – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerima kehadiran syarikat penerbangan asing ke-18 dengan ketibaan Cambodia Airways, sekali gus melancarkan perkhidmatan terus pertama antara Phnom Penh dan Pulau Pinang.

 

Gamuda, Dong Pi terima kontrak RM3.72 bilion bina dermaga dan jambatan di Terminal LNG Taiwan

KUALA LUMPUR 30 Jun - Gamuda Berhad bersama syarikat Taiwan, Dong Pi Co Limited menerima kontrak bernilai RM3.72 bilion bagi pembinaan dermaga dan jambatan untuk Projek Pembinaan Terminal LNG Antara Benua Pelabuhan Kaohsiung di Taiwan.

 

Koperasi Usahawan Islam kini dikenali sebagai Koperasi Otai Berhad

KUALA LUMPUR 30 Jun — Otai Group Malaysia secara rasmi menjenamakan semula entiti koperasi kendaliannya daripada Koperasi Usahawan Islam Berhad kepada Koperasi Otai Berhad, selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tertutup pada 24 dan 25 Jun lalu.