NCER capai pelaburan RM26.27 bilion pada 2021
PADANG TERAP 7 Feb – Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pada tahun lalu telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM26.27 bilion melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sebagai pemudah cara berbanding sasaran asal RM16 bilion.






