| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pertemuan empat mata PM Ismail Sabri, Erdogan hari ini

ANKARA 7 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turkiye akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden, Recep Tayyip Erdogan di sini hari ini.

 

Jabatan Perangkaan beri amaran tekanan inflasi di sebalik pemulihan pasaran buruh

KUALA LUMPUR 7 Julai - Bilangan penganggur pada Mei 2022 terus menurun dengan pengurangan sebanyak 1.8% kepada 637,700 orang berbanding 649,300 pada April menjadikan kadar pengangguran pada bulan tersebut kekal pada 3.9%, menurut Jabatan Perangkaan.

 

Persatuan Hotel, Restoran dan Kafe Kuantan cadang KKM beri tumpuan banteras rokok seludup

KUALA LUMPUR 7 Julai - Kerajaan harus memberi fokus kepada usaha membanteras rokok seludup dan bukannya memperkenalkan dasar tembakau baharu seperti melarang penjualan rokok dan produk vape untuk generasi akan datang, menurut Persatuan Hotel, Restoran dan Kafe Kuantan.

Kos bahan binaan naik antara 0.3% hingga 23.3% bagi Jun 2022

KUALA LUMPUR 7 Julai - Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) bagi semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 5.5 dan 18.9%, Sabah antara 0.3 dan 15.8 % manakala Sarawak antara 6.0 dan 23.3% bagi Jun 2022.

 

Kerajaan tingkatkan pelaksanaan strategi berkaitan ESG dalam Bajet 2023

KUALA LUMPUR 7 Julai - Kerajaan komited untuk mengutamakan program dan projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) seperti yang digariskan dalam penyata pra-bajet 2023. 

 

MARC Ratings beri penarafan AAA dengan prospek stabil terhadap program sukuk F&N Capital

KUALA LUMPUR 7 Julai - MARC Ratings mengesahkan penarafan AAA(cg) /MARC-1IS(cg) dengan prospek stabil untuk program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) dan Kertas Komersial Islam (ICP) F&N Capital Sdn Bhd, yang mempunyai had nilai gabungan sehingga RM3 bilion.