Bakal disenarai di Pasaran ACE, Vetece tandatangani perjanjian taja jamin IPO dengan Kenanga
KUALA LUMPUR 9 Julai – Penyedia penyelesaian teknologi maklumat perusahaan, Vetece Holdings Berhad menandatangani perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Berhad sempena tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.






