KUALA LUMPUR 21 Ogos - Impiana Selo Tioman Resorts Sdn Bhd, unit 75% milik kumpulan Magma Group Bhd, disaman oleh dua individu berhubung dakwaan melanggar perjanjian jual beli berkaitan lima bidang tanah di Tioman, Pahang.
USAHA hartawan terkaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok dilaporkan mahu membuat kemunculan semula dalam perniagaan penapisan gula di Malaysia, yang telah beliau tinggalkan kira-kira 15 tahun lalu, mungkin menjadi satu daripada cabaran terbesarnya.
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Petronas Gas Bhd melantik semula Datuk Adif Zulkifli sebagai pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutifnya, berkuat kuasa Selasa.
KUALA LUMPUR 20 Ogos - MIMOS Berhad melantik Dr Jasmine Begum sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 8 Ogos lalu, menggantikan Datuk Seri Ibrahim Ahmad yang telah berkhidmat sebagai pengerusi syarikat itu sejak 1 Julai 2022 sehingga 15 Ogos 2023.