| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih Dutch Lady Milk pada 4QFY24 naik 35% kepada RM30.73 juta, dipacu penurunan drastik kos

KUALA LUMPUR 21 Feb — Dutch Lady Milk Industries Berhad mencatatkan peningkatan 34.63 peratus dalam keuntungan bersih bagi suku keempat, yang turut didorong oleh faktor lonjakan sebanyak 57.9 peratus dalam keuntungan operasi syarikat.
 

SeRenE dan Megamas Resources dari Singapura bina kapal penyelenggaraan kabel dasar laut

KUALA LUMPUR 21 Feb - Syarikat Bumiputera, Semarak Renewable Energy Sdn Bhd (SeRenE) menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan marin dan luar pesisir, Megamas Resources dari Singapura bagi membangunkan kapal penyelenggaraan kabel dasar laut.

 

MN Holdings berpotensi kekal momentum pertumbuhan pada 2HFY25 disokong buku pesanan tertunggak sebanyak RM665 juta, kata RHB Research

KUALA LUMPUR 21 Feb - MN Holdings Bhd berpotensi mengekalkan momentum pertumbuhan pada 2HFY25 disokong oleh buku pesanan tertunggak sebanyak RM665 juta, dengan 25% disumbangkan oleh Pelanggan A, kata Phillip Capital.

 

Bank Islam diiktiraf IFN sebagai institusi perbankan Islam paling inovatif dalam industri kewangan patuh syariah

KUALA LUMPUR 21 Feb — Bank Islam Malaysia Berhad menerima Anugerah Berprestij Islamic Finance News (IFN) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang institusi tersebut dalam industri kewangan Islam di negara ini sejak ditubuhkan pada 1983.

 

Lebih dua juta peminjam PTPTN membayar balik pinjaman setakat 31 Dis 2024, kata Kementerian Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR 21 Feb (BERNAMA) - Seramai 2,448,105 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membuat pembayaran balik sejak 31 Dis 2024, dengan 1,044,595 menjelaskan pinjaman mereka sepenuhnya, kata Kementerian Pengajian Tinggi.

 

FatHopes Energy dan Topsoe tandatangani MoU bangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan di Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Feb - FatHopes Energy Sdn Bhd (FHE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Topsoe, sebuah syarikat terkemuka dalam teknologi pengurangan karbon yang berpusat di Denmark, untuk membina kilang penapisan bahan api penerbangan mampan (SAF) di Malaysia.