Minat belian hartanah 2025 diyakini kekal berdaya tahan walaupun permohonan pinjaman Januari merosot - MIDF Research
KUALA LUMPUR 12 Mac - MIDF Research menjangkakan minat belian ke atas hartanah kekal berdaya tahan pada 2025 walaupun permohonan pinjaman merosot sebanyak 12.3% kepada RM44.8 bilion pada Januari lalu selepas mencatatkan kenaikan antara Oktober hingga Disember 2024.






