| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pemegang saham minoriti Rex Industry dinasihat tolak tawaran pengambilalihan ETA Industries - cfSolutions

KUALA LUMPUR 14 Julai - Penasihat bebas cfSolutions Sdn Bhd menasihatkan pemegang saham minoriti Rex Industry Bhd supaya menolak tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat pemegang saham pengawal, ETA Industries kerana ia disifatkan "tidak adil dan tidak munasabah".

SK Pasir Puteh Keningau muncul sekolah pertama laksana Kempen Internet Selamat di Sabah

KUALA LUMPUR 14 Julai - Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh dekat Keningau melakar sejarah menjadi sekolah rendah pertama yang melaksanakan modul keselamatan internet di Sabah seiring usaha memperkasa literasi digital dalam kalangan pelajar luar bandar.

 

OCI Tokuyama labur RM2 bilion dalam operasi cip di Sarawak, hasilkan polisilikon beketulenan tinggi

KUALA LUMPR 14 Julai - OCI Tokuyama Semiconductor Materials Sdn Bhd (OTSM), sebuah syarikat usaha sama 50:50 antara OCI TerraSus dan Tokuyama Corp dari Jepun, melabur sebanyak RM2 bilion dalam pembinaan sebuah kilang pembuatan bagi menghasilkan polisilikon gred semikonduktor berk

Blueshark dan PETRONAS Dagangan sasar 50 stesen tukar bateri motosikal elektrik menjelang 2026

KUALA LUMPUR 14 Julai – Blueshark Ecosystem Sdn Bhd bersama rakan strategiknya, PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) bakal memperluaskan rangkaian stesen pertukaran bateri motosikal elektrik di 50 lokasi seluruh negara menjelang pertengahan tahun depan.

 

Teleport diyakini jana hasil RM60 juta setiap suku jika capai sasaran 2 juta bungkusan sehari - HLIB

KUALA LUMPUR 14 Julai — Teleport diyakini mampu menyumbang antara RM50 juta sehingga RM60 juta dalam pendapatan setiap suku tahunannya, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

 

Penganjuran MyFintech Week 2025 perkukuh ekosistem kewangan digital serantau

KUALA LUMPUR 14 Julai – Penganjuran MyFintech Week 2025 (MyFW 2025), yang bakal berlangsung dari 4 hingga 7 Ogos ini, dijangka mengetengahkan agenda strategik sektor kewangan serantau seiring dengan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.