GFM Services cadang ambil alih 60% kepentingan dalam Shapadu Energy bernilai RM30 Juta
KUALA LUMPUR 19 Ogos - GFM Services Bhd (GFM) bercadang untuk mengambil alih 60,000 saham biasa dalam Shapadu Energy Sdn Bhd, mewakili 60% kepentingan ekuiti syarikat itu, daripada Shapadu Corporation Sdn Bhd (SPC) dengan nilai pembelian tunai sebanyak RM30 juta.






