KUALA LUMPUR 1 Sept - Zurich Malaysia melancarkan kempen jenama terbaharunya, ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’, yang mengukuhkan komitmennya untuk membina masa depan yang lebih cerah melalui impak positif.
Kempen jenama Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna merangkumi pelbagai inisiatif yang memberi impak yang mengukuhkan komitmen Zurich Malaysia atas dasar tanggungjawab terhadap perkara yang penting.
Selain daripada filem kempen jenama, inisiatif utama lain adalah 'Karnival Kita OK!' yang bakal berlangsung hujung minggu dari 22 hingga 24 September di Pasar Seni.
Acara ini menawarkan pelbagai bengkel dan gerai, yang terdiri daripada para penjual dan organisasi tempatan, termasuk pakaian, aksesori, makanan, dan lain-lain. Acara ini mencerminkan dedikasi Zurich Malaysia yang saling membantu satu sama lain dan menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah bersama-sama.
Pengunjung Karnival Kita OK! turut berpeluang melihat pameran gambar 'Zurich Cares', sebuah projek pemuliharaan dan pemulihan hutan oleh Zurich Malaysia yang terlibat secara aktif untuk melindungi spesies-spesies pokok terancam di Merisuli, Sabah serta menyelamatkan mereka daripada kepupusan.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, pihaknya sangat yakin tindakan tersebut akan membuka masa depan yang lebih cerah.
"Kempen jenama Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna merupakan lanjutan daripada usaha berterusan kami untuk menyokong dan menjaga rakyat daripada segenap lapisan masyarakat.

"Ia menzahirkan keazaman kami untuk mencorak masa depan yang lebih cerah bagi rakyat Malaysia, yang bukan sahaja bersiap sedia dari segi kewangan, tetapi juga bertanggungjawab dari segi sosial dan alam sekitar," katanya dalam kenyataan media di sini.
Cho berkata, sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap bumi ini, Zurich Malaysia turut mengumumkan pelancaran ‘Program Daya Tahan Iklim Bandar’ dan memperkenalkan pihak yang berkongsi matlamat bersama untuk menangani isu iklim dan membina daya tahan iklim dalam komuniti bandar.

"Kami sangat teruja untuk melancarkan Program Daya Tahan Iklim Bandar di Malaysia dan mengumumkan satu kerjasama sepanjang tiga tahun yang selaras dengan cita-cita kemampanan Zurich serta teras kempen jenama kami," katanya.

Melalui kerjasama langsung dengan Yayasan Z Zurich dan rakan-rakan kongsi global yang dilantik, C40 Cities Climate Leadership Group (C40) bakal bergabung tenaga dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), manakala Resilient Cities Network (R-Cities) dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Untuk maklumat lanjut tentang kempen jenama #LindungiSegalaPerkaraYangBermakna serta pendekatan holistik Zurich Malaysia dalam membina hari esok yang lebih cerah bersama-sama, sila layari
www.zurich.com.my/CareForWhatMatters. - DagangNews.com








