Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2021 bakal dihangatkan dengan pelbagai inisiatif YES dan Yayasan YTL bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus berhubung secara digital dalam situasi norma baharu.
Pelan-pelan terbaru itu menyediakan tawaran untuk semua sama ada dengan Pelan Pascabayar dan Prabayar YES PRIHATIN baru untuk komuniti B40 atau Pakej Merdeka RM1.
1) Pelan YES PRIHATIN untuk golongan B40
- Berikutan kejayaan pelancaran pelan-pelan YES PRIHATIN di bawah inisiatif Jaringan Prihatin pada Mei 2021, YES akan menyediakan lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza dengan Pelan Pascabayar dan Prabayar YES PRIHATIN yang baru.
- Bagi pelan pascabayar, selain daripada tawaran panggilan dan data tanpa had, pelanggan juga akan mendapat satu unit Samsung Galaxy A02 percuma untuk kegunaan harian mereka, sama ada untuk kerja, menghadiri kelas dalam talian, pendigitalan perniagaan atau untuk membeli barang keperluan harian.
- Bagi mereka yang suka pelan prabayar yang lebih fleksibel, YES menyediakan tawaran Pelan Prihatin Huddle XS serba baharu.
- Di bawah pelan itu, pelanggan akan mendapat 30GB data sebulan untuk 12 bulan berserta dengan dongle WiFi percuma.

Pengarah YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong berkata, sejak pelancaran Jaringan Prihatin, pihaknya mendapat sambutan yang hebat untuk Pelan Prabayar YES PRIHATIN dengan pendaftaran lebih daripada 1,000,000 orang yang kini dapat menikmati pelan dan peranti baru.
"Kami sangat bangga kerana Pelan Prabayar YES PRIHATIN dapat memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dalam tempoh pandemik ini.
"Sekarang, kami cukup gembira untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada mereka melalui tawaran terbaru kami," katanya dalam satu kenyataan.

2) Pakej Merdeka RM1 bagi semua rakyat Malaysia
- Sempena sambutan Hari Merdeka, YES menawarkan promosi khas bagi semua rakyat Malaysia melalui Pakej Merdeka RM1.
- Dengan pelan baharu itu, pelanggan boleh mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy A02 dengan pembayaran RM1 sekali sahaja.
- Sehubungan dengan itu, mereka juga dapat menikmati 100GB data setiap bulan serta panggilan tanpa had yang akan membantu mereka untuk terus berhubung melalui dunia digital.
3) Yayasan YTL melanjutkan pelan data di bawah Inisiatif Learn From Home
- Bagi menyemarakkan lagi semangat Merdeka pada tempoh di mana sekolah terus ditutup bagi melindungi para pelajar daripada pandemik, YES akan menawarkan 5GB data tambahan sebulan selepas penamatan tempoh 12 bulan asal sehingga 31 Ogos 2022 di bawah Inisiatif Learn From Home.
- Ini akan memastikan kanak-kanak daripada keluarga B40 dapat teruskan pembelajaran mereka dalam tempoh sekolah terus ditutup. - DagangNews.com








