Village Grocer buka cawangan ke-26 di Sierra Fresco, Puchong | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Village Grocer buka cawangan ke-26 di Sierra Fresco, Puchong

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Jun - Pasar raya premium, Village Grocer membuka cawangan ke-26 di Sierra Fresco, Puchong, Selangor yang menampilkan gaya kejiranan dengan menawarkan kedai-kedai runcit, kedai makan berkonsep al fresco, serta kafe pandu lalu untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar kawasan 16 Sierra, Seri Kembangan, dan Putrajaya.

 

Pengarah Eksekutif Kumpulan TFP Retail,  Ivan Tan berkata, cawangan baharu Village Grocer yang berukuran 20,931 kaki persegi menandakan langkah maju dalam usaha untuk memperluaskan rangkaian pasaran mereka yang menawarkan barangan runcit berkualiti tinggi, pengalaman membeli-belah menyenangkan, dan perkhidmatan mesra kepada komuniti di selatan Lembah Klang.

 

"Saya amat berbangga kerana kami telah mengukuhkan kehadiran jenama kami di selatan Lembah Klang bersama IOI Properties. 

 

"Terdapat potensi pertumbuhan yang signifikan di kawasan ini disebabkan peningkatan kadar penduduk. Pasaran premium kami kini mudah diakses mereka yang mencari makanan berkualiti tinggi dan bahan-bahan import untuk memasak hidangan berkelas di rumah," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Village Grocer menitikberatkan kualiti hasil tani segar dan menawarkan pelbagai pilihan sayur-sayuran organik dan tempatan yang dihantar setiap hari dari Cameron Highlands, serta buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang diimport, terutamanya dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, dan New Zealand.

 

Bahagian protein menampilkan pilihan daging lembu berkualiti tinggi dari Australia serta daging kambing dari New Zealand, termasuk burger wagyu dan daging yang telah diperap. Sementara itu, bahagian makanan laut menawarkan ikan segar tempatan dan salmon import.

 

Village Grocer juga menawarkan lebih daripada 2,400 produk dalam kategori makanan sihat, termasuk makanan organik, 'superfood', produk bebas gluten, bebas gula, bebas tenusu, serta pilihan vegetarian dan vegan. 

 

Terdapat juga pelbagai makanan ringan dan konfeksi yang diimport dari New Zealand, Australia, United Kingdom, Belgium, Jepun dan Korea.

 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama eksklusif dengan Woolworths, Village Grocer menawarkan lebih daripada 200 produk Woolworths yang dibuat mengikut piawaian Australia dan bebas dari pewarna tiruan, perisa dan pengawet.

 

Sebagai sebahagian daripada perayaan pembukaan, Village Grocer Sierra Fresco menawarkan pelbagai ganjaran menarik, tawaran dan promosi dari 28 Jun hingga 23 Julai 2023. 

 

Ini termasuk diskaun RM10 dengan pembelian minimum RM100 dari 28 Jun hingga 30 Jun 2023, serta beg goodie percuma bagi pembelian minimum, manakala stok masih ada.

 

Mulai 1 Julai hingga 30 Julai, Village Grocer akan memberikan baucar diskaun RM15 percuma untuk setiap pembelian. Baucar ini boleh digunakan untuk pembelian seterusnya dengan syarat perbelanjaan minimum RM200 dalam satu resit. - DagangNews.com