Universiti Malaysia Sabah tubuh Taman Budaya dan Inovasi Kundasang | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Universiti Malaysia Sabah tubuh Taman Budaya dan Inovasi Kundasang

Khamarul Azman Kowasin ketika menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak komuniti ketika majlis pelancaran TABIK.

KUNDASANG 5 April - Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya merealisasikan impian komuniti di sini untuk mempunyai sebuah taman budaya dan inovasi.

 

Dikenali sebagai Taman Budaya dan Inovasi Kundasang (TABIK), pembangunannya diketuai oleh penyelidik universiti Kampus Rahmah, Dr. Jurry Foo melalui Skim Dana Khas (SDK). 

 

Menurut Jurry, fasa pembangunan dan operasi TABIK dilaksanakan semasa pandemik COVID-19 pada tahun 2020 setelah merangkul hadiah utama dalam Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) UMS 2019.
 

“Kemudian pada tahun 2021, pelaksanaan operasi rintis dijalankan komuniti dengan bimbingan UMS. Pada ketika ini, taman budaya dan inovasi dikendalikan Persatuan Kebudayaan dan Keseniaan Suara Buluh Perindu Kinabalu (SBPK),” katanya.

 

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, beliau mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam memastikan projek pembangunan taman itu berjaya direalisasikan.

 

“Tahniah juga kepada penduduk setempat dan penyelidik UMS yang terlibat. Saya percaya dengan penubuhan taman ini sekali gus membolehkan komuniti termasuk para belia dan semua ahli SBPK dapat memulihara budaya dan alam sekitar bersama-sama. 

 

“‘Sesungguhnya, UMS sentiasa bersedia membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pelbagai program yang bercirikan perpindahan ilmu pengetahuan kepada komuniti seperti penubuhan taman budaya di Kundasang pada kali ini,” katanya.

 

 

UMS
Maklumat spesies tumbuhan yang terdapat di Taman Botani TABIK akan dipaparkan apabila kod QR diimbas menggunakan telefon pintar.

 

 

Sementara itu, pengurus TABIK, Khamarul Azman Kowasin pula berkata, taman tersebut memberikan banyak impak positif kepada SBPK, termasuk membawa kepada pelaksanaan aktiviti yang lebih terancang dan sistematik.

 

 

ums

 

 

UMS
Dr. Jurry Foo (kiri) mengambil gambar kenangan bersama Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (tengah) di salah sebuah ruangan informasi TABIK.

 

“Sebagai langkah melestarikan TABIK, pusat komuniti ini juga direka sebagai pusat pelancongan pendidikan yang telah mula mendapat sambutan pelancong yang ingin mendalami budaya inovasi. 

 

“Di sini, kita juga mempunyai sebuah taman yang dikenali sebagai Taman Botani. Maklumat spesies yang ada kini dalam proses pendigitalan dengan bantuan mahasiswa penyelidik dari Program Geografi UMS,” katanya. - DagangNews.com