KUALA LUMPUR 19 Mei - Unifi mengajak penduduk Lembah Klang ke acara UNI5G #LIVEUNSTOPPABLE di Pavilion, Bukit Bintang pada hujung minggu ini untuk melihat keupayaan 5G.
Acara yang mula berlangsung hari ini hingga 21 Mei 2023 itu akan mempamerkan keupayaan 5G membawakan sambungan yang lebih mantap dan memperkasakan peluang tanpa had dalam pendidikan, kerja, hiburan, muzik, permainan dan banyak lagi.
Pelanggan baharu dan sedia ada akan berpeluang melanggan Pelan Pascabayar 89 UNI5G yang baru dilancarkan di acara tersebut, yang disertakan dengan data 4G & 5G tanpa had serta panggilan tanpa had.

Pelan itu termasuk pilihan untuk memiliki telefon pintar 5G serba baharu dengan penjimatan sehingga RM1,500 dan Pelan Tambahan UNI5G sebagai tambahan hanya pada RM39 sebulan bagi setiap talian.
Pengunjung juga berpeluang untuk mengenali dan berinteraksi dengan beberapa pempengaruh (influencers) seperti Elizabeth Tan (pada 19 Mei), MK Clique dan Noki (pada 20 Mei) dan Vokey (pada 21 Mei).
Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam penciptaan kandungan unik UNI5G dengan mengambil rakaman video 3D mereka sendiri, yang mana peserta terpilih berpeluang untuk dipaparkan di Skrin LED 3D Pavilion Elite yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Para pengunjung juga boleh memenangi tiket perlawanan bola sepak Liga Malaysia, telefon mudah alih Samsung Galaxy S23+ terbaharu dan jersi bola sepak eksklusif UNI5G, apabila mereka menyertai cabaran TikTok #UnstoppableRap Unifi, menyertai senarai #UnstoppablePlaylist terpanjang di Spotify dan aktikiviti-aktiviti menarik yang lain.
Naib Presiden Eksekutif Unifi Mobile, Jasmine Lee berkata acara tersebut merupakan peluang untuk syarikat membawa pengalaman imersif kepada komuniti setempat dan mempamerkan bagaimana 5G akan meningkatkan kehidupan seharian mereka.

“Walaupun ia dimulakan dengan komuniti di Lembah Klang, kami berharap dapat mendekati dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan meneruskan usaha untuk membawa penyelesaian konvergens mudah alih-tetap dan liputan 5G kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara, mengukuhkan komitmen kami untuk memacu Digital Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. -DagangNews.com








