UDA sasar lancar tiga projek hartanah baharu di Johor tahun ini | DagangNews Skip to main content

UDA sasar lancar tiga projek hartanah baharu di Johor tahun ini

Datuk Mohd Salem Kailany (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Hartanah dan Teknikal Kumpulan UDA, Datuk Nordin Murat (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi UDA Land (South) Sdn Bhd, Muhammad Ismail Dasuki (kiri) melawat rumah contoh Areca Terrace pada 14 Mei 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Mei - Peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta fasiliti, UDA Holdings Bhd menyasarkan pelancaran tiga projek hartanah baharu di Johor tahun ini.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Salem Kailany berkata, salah satu projek yang bakal diketengahkan adalah produk hartanah kediaman teres dua tingkat Pisonia Ville (Pakej 3) di Bandar UDA Utama. 

 

Katanya, pihaknya juga bakal memperkenalkan satu lagi projek hartanah kediaman di kawasan sama unit rumah berkembar dan banglo dua tingkat UDA Heights.

 

“Selain itu, UDA turut merancang pembangunan rumah teres satu tingkat Sedili Residensi di Kota Tinggi. 

 

"Ketiga-tiga projek tersebut dijangka bakal dilancarkan pada Julai, Oktober dan November tahun ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis UDA Ria Raya  Areca Terrace, di Bandar UDA Utama, Johor Bahru, semalam.

 

Terdahulu, UDA turut melancarkan unit rumah contoh teres dua tingkat Areca Terrace (Fasa 4A). 

 

Projek hartanah kediaman pegangan bebas berkeluasan 1,443 kaki persegi itu menawarkan kediaman luas dan selesa dengan kemudahan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi. Selain itu, ia turut mempunyai ruang hijau berkeluasan 10 kaki yang boleh diubahsuai.

 

Tambah Mohd Salem, pihaknya sentiasa optimis dan proaktif dalam mengukuhkan fungsi serta peranan dalam setiap segmen perniagaan khususnya dalam membentuk komuniti inklusif seiring dengan penjenamaan UDA iaitu ‘L.I.F.E.’ yang menekankan kepada ciri-ciri Legasi, Integrasi, Ketelitian dan Memperkasa, seterusnya bergerak ke arah kelestarian.

 

 

uda
Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat kediaman contoh di gerai pameran dan jualan hartanah UDA Property Johor di Majlis UDA Ria Raya @ Areca Terrace, Johor Bahru pada 14 Mei 2023.

 

 

"Selari dengan fokus ini, UDA menyasarkan jualan sebanyak 86 unit Areca Terrace menjelang Disember tahun ini. Kediaman kondusif ini ditawarkan dengan harga bermula daripada RM538,611 hingga RM803,916," katanya.

 

Pemilihan dan pemilikan kediaman lapang dan nyaman untuk permulaan kehidupan terutamanya bagi pasangan baru berkahwin amat tepat dan bernilai kerana ia terletak di lokasi strategik dengan pelbagai kemudahan serta akses seperti sekolah, bank, pasar raya, pusat rekreasi, pusat beli-belah dan lebuh raya. 

 

 

uda

 

 

Selain itu, ia juga mudah dihubungkan ke destinasi tarikan pelancong serta pusat rekreasi seperti Legoland Malaysia, Puteri Harbour, Horizon Hills Golf & Country Club, Johor Golf & Country Club dan Ponderosa Golf & Country Club.

 

 

 

uda

 

 

Pelbagai tawaran menarik disediakan kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan produk Areca Terrace (Fasa 4A) seperti yuran guaman bagi perjanjian jual beli (PJB) dan pinjaman serta bayaran setem duti (MOT) untuk PJB serta pinjaman ditanggung UDA melalui panel peguam.

 

Bagi yang berminat dengan Areca Terrace atau produk-produk hartanah UDA khususnya di Johor, sila berkunjung ke Galeri Jualan UDA Property yang terletak di Wisma SBBU, No.1, Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor atau hubungi talian 07-2374944/1800-1800-89/011-17226120 atau layari www.udaproperty.com.my. - DagangNews.com