TRC Synergy terima kontrak RM23.8 juta projek tambah baik Empangan Batu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TRC Synergy terima kontrak RM23.8 juta projek tambah baik Empangan Batu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 22 Dis - TRC Synergy Berhad telah menerima kontrak bernilai RM23.8 juta bagi menambah baik Empangan Batu, Gombak daripada Jabatan Pengairan dan Saliran.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TRC berkata anak syarikatnya, Trans Resources Corporation Sdn Bhd menerima surat setuju terima pada 21 Disember 2023 untuk memperkukuhkan struktur dan fasiliti empangan tebatan banjir terbabit.

 

“Projek ini tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham yang diterbitkan dan berbayar, pegangan saham pemegang saham yang besar, aset bersih sesaham dan penggearan syarikat dan anak-anak syarikatnya.

 

“Melainkan keadaan tidak terjangka, lembaga pengarah berpendapat bahawa projek ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham Kumpulan TRC pada masa hadapan,” katanya.

 

 Saham TRC ditutup kekal pada 35.5 sen dengan permodalan pasarannya bernilai RM170.6 juta. - DagangNews.com