TNB pulihkan segera gangguan bekalan elektrik di Lembah Klang, Johor Bahru | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TNB pulihkan segera gangguan bekalan elektrik di Lembah Klang, Johor Bahru

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 15 Okt – Gangguan bekalan elektrik yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dan Johor Bahru petang ini berpunca daripada insiden di Stesen Penjana Bebas Edra Power Plant di Melaka.

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataannya mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pasukan teknikal sedang giat memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas.

 

“Pasukan teknikal kami sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik secara berperingkat,” kata TNB.

 

Setakat pukul 5.30 petang tadi, bekalan telah berjaya dipulihkan di beberapa kawasan iaitu Bandar Damansara, Sri Hartamas, Danau Desa, SPPK Cheras, Ampang, Bukit Jalil, Sri Damansara, Kota Puteri dan Pasir Gudang Darat.

 

Orang ramai juga dinasihatkan untuk segera melaporkan sebarang gangguan bekalan melalui saluran rasmi iaitu talian 15454, mesej di Facebook TNB Careline, mesej terus (DM) di platform X @Tenaga_Nasional atau e-mel kepada [email protected]- DagangNews.com