KUALA LUMPUR 16 April — Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melantik semula Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusinya yang berkuat kuasa 15 Mac 2026.
Pengekalan itu dilihat penting bagi memastikan gerakan koperasi negara terus diperkasa menghadapi cabaran ekonomi semasa, serta meningkatkan sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Kepimpinan beliau ujarnya, meneruskan agenda memperkukuh tadbir urus koperasi, selain meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memperluaskan impak sektor tersebut kepada masyarakat.
“Pelantikan semula ini mencerminkan komitmen berterusan SKM memastikan pembangunan koperasi dipacu secara strategik, progresif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan.
Di samping, ia turut yakin di bawah kepimpinan Ahmad Norihan, gerakan koperasi negara akan terus berkembang, sekali gus memperkukuh peranan sebagai antara penyumbang penting ekonomi negara.
Sektor koperasi sebelum ini dikenal pasti sebagai antara pemacu ekonomi rakyat yang berpotensi besar dalam merapatkan jurang pendapatan serta memperluas peluang ekonomi di peringkat komuniti.
Tambahan pula, beliau berpengalaman luas setelah pernah memegang pelbagai jawatan strategik dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang lebih 30 tahun perkhidmatannya. - DagangNews.com








