Steel Hawk lantik Haffiz Hussin sebagai CEO Kumpulan baharu berkuat kuasa 2 Disember 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Steel Hawk lantik Haffiz Hussin sebagai CEO Kumpulan baharu berkuat kuasa 2 Disember 2025

Haffiz Hussin
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 3 Dis – Steel Hawk Bhd melantik Haffiz Hussin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) baharu berkuat kuasa 2 Disember, menggantikan Afizul Md Yusoff yang meletakkan jawatan selepas sembilan bulan memegang peranan itu.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Steel Hawk berkata, Afizul 47, meletakkan jawatan itu untuk berehat dari kerjaya dan memberi tumpuan kepada minat peribadinya.

 

“Haffiz, 40, membawa pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang kejuruteraan dengan berkhidmat di PETRONAS sebagai ketua kejuruteraan berasaskan pembinaan dari September 2024 hingga November 2025.

 

“Sepanjang perkhidmatannya di PETRONAS, beliau terlibat dalam pembentukan teknikal, pengurusan kitar hayat penyelesaian tekno-digital, pemantauan prestasi penyelesaian dan penilaian nilai projek,” kata Steel Hawk.

 

Sebelum itu, Haffiz turut menyandang pelbagai jawatan kanan lain sejak menyertai PETRONAS pada 2009, termasuk peranan dalam semakan pembinaan dan perancangan projek, pengurusan perolehan dan tender bagi barangan jangka panjang, selain penyeliaan tapak dari proses fabrikasi hingga siap pembinaan.

 

Beliau mempunyai Ijazah Kejuruteraan Awam dari Universti Teknolog PETRONAS. - DagangNews.com