Resort mewah TUI BLUE The Haven Ipoh tawar pakej suite malam Krismas pada harga istimewa | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Resort mewah TUI BLUE The Haven Ipoh tawar pakej suite malam Krismas pada harga istimewa

Resort mewah TUI BLUE The Haven Ipoh.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 23 Dis - TUI BLUE The Haven Ipoh, resort mewah lima bintang memperkenalkan pakej percutian suite malam Krismas bagi meraikan perayaan tersebut kepada tetamunya.

 

Pakej ini menawarkan destinasi ideal bagi mereka yang ingin menyambut Krismas dalam suasana tenang dan mewah di tengah-tengah bukit batu kapur, kehijauan yang subur dan tasik menenangkan.

 

TUI BLUE The Haven Ipoh dalam kenyataan memberitahu, promosi terhad ini menawarkan diskaun 10% untuk suite terpilih.

 

Pakej ini termasuk makan malam Krismas dan sarapan, dengan tiga pilihan suite mengikut keperluan pengunjung.

 

Perak

 

“Kita menawarkan Lakeview Suite dengan satu bilik (untuk 2 orang) pada harga RM810 berbanding RM900 sebelumnya.

 

“Horizon View Suite, 2 bilik untuk 4 orang pada harga RM1,305 manakala Horizon View Suite (3 bilik 5 orang) pula RM1,512,” ujar kenyataan itu.

 

Dengan konsep all-suite dan suasana semula jadi yang menenangkan, resort ini sesuai untuk mereka yang ingin menyambut Krismas jauh daripada kesibukan bandar.

 

 

Perak

 

TUI BLUE The Haven Ipoh yang turut diiktiraf sebagai Best Geopark Hotel & Residence pada Green & Geopark Excellence Awards 2025, mengukuhkan kedudukannya sebagai penginapan premium di Perak.

 

Bagi tempahan dan maklumat lanjut, tetamu boleh menghubungi talian 019-759 8285, emel [email protected] atau layari laman web www.tuibluehavenipoh.com. - DagangNews.com