Prolintas dijangka nikmati pertumbuhan kukuh dengan pembukaan EKVE - Maybank IB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Prolintas dijangka nikmati pertumbuhan kukuh dengan pembukaan EKVE - Maybank IB

Oleh Hamden Ramli

KUALA LUMPUR 20 Nov - Prolintas Infra Business Trust (Prolintas Infra) dijangka terus menikmati pertumbuhan trafik dan kutipan tol yang stabil, disokong oleh pembukaan berperingkat Lebuh Raya EKVE menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Firma penyelidikan itu berkata, EKVE akan meningkatkan keterhubungan ke lebuh raya tol SILK yang merupakan penyumbang terbesar kepada kutipan tol Prolintas Infra dengan kira-kira 45% daripada jumlah tahunan.

 

Maybank berkata, Prolintas Infra mencatatkan keuntungan bersih 3Q25 sebanyak MYR9.8 juta menyumbang kepada keuntungan bersih 9M25 sebanyak MYR20.9 juta, melebihi jangkaan disebabkan amortisasi yang lebih rendah daripada dijangka.

 

EBITDA 9M25 sebanyak MYR165.8 juta sejajar dengan jangkaan, menunjukkan prestasi operasi yang kukuh.

 

Sehubungan itu Maybank IB mengekalkan saranan BELI bagi Prolintas Infra dan menaikkan DCF-TP ekuiti kepada MYR1.20 daripada MYR1.17, berasaskan tahun asas penilaian FY26E.

 

"Prolintas Infra terus menarik pelabur kerana profil keuntungan yang stabil dan dividen tahunan melebihi 6.5%, menjadikannya pilihan pelaburan yang kukuh dalam sektor infrastruktur lebuh raya," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Maybank berkata, kutipan tol bagi 3Q25 meningkat YoY dan QoQ bagi semua lebuh raya PLINTAS, termasuk Kumpulan: +4.0% YoY & +2.2% QoQ; AKLEH: +2.8% YoY & +7.3% QoQ; GCE: +2.8% YoY & +0.7% QoQ, LKSA: +4.1% YoY & +1.9% QoQ dan SILK: +5.1% YoY & +1.9% QoQ.

 

Kadar pertumbuhan ini sejajar dengan andaian pertumbuhan trafik 3.6% setahun bagi FY25E-FY27E.

 

Peningkatan QoQ sebahagian besarnya disebabkan tiada cuti perayaan dan sekolah, membolehkan Prolintas Infra mencatat prestasi trafik yang stabil di semua lebuh raya. - DagangNews.com