IPOH 6 Julai - Perak mencatat peningkatan ketara pelaburan diluluskan berjumlah RM15.76 bilion pada 2025, sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap hala tuju pembangunan negeri di bawah pelan Perak Sejahtera 2030.
Seiring perkembangan itu, Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan Kajian Separuh Penggal Perak Sejahtera 2030 bagi memastikan pelan berkenaan kekal relevan sehingga tahun 2030, selaras dengan perubahan landskap ekonomi, teknologi serta keperluan rakyat.
Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, kajian tersebut akan melibatkan penyelarasan indikator pemantauan, penambahbaikan agenda dan flagship, serta pemutihan Dashboard Perak Sejahtera 2030.
Menurut beliau, kajian itu perlu disiapkan pada tahun hadapan dengan mengambil kira input terkini bagi memastikan sebarang penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berkesan.
“Pelaksanaan Kajian Separuh Penggal Perak Sejahtera 2030 adalah langkah wajar kerana landskap ekonomi, teknologi, pelaburan dan keperluan rakyat sentiasa berubah.
“Kajian ini bukan sekadar menilai pencapaian, tetapi memberi ruang kepada kerajaan negeri menambah baik strategi, menetapkan semula keutamaan serta memastikan setiap inisiatif benar-benar memberi impak kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan Laporan Kemajuan Tahun Keempat Perak Sejahtera 2030 di Hotel Casuarina, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki Mahyudin.



Dengan membawa tema ‘Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina’, ia sebagai penilaian terhadap pelaksanaan pelan pembangunan negeri yang dilancarkan pada 15 Jun 2022.
Pelan ini merupakan garis panduan komprehensif yang dirangka bagi memacu pembangunan negeri merangkumi tiga teras utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar, dan pembangunan ekonomi mampan.
Jelas Saarani, memasuki tahun keempat pelaksanaannya, Perak Sejahtera 2030 kini berada pada landasan yang kukuh untuk menterjemahkan pertumbuhan ekonomi negeri kepada manfaat yang lebih dirasai rakyat.
Katanya, perkembangan ini disokong oleh prestasi ekonomi Perak yang terus berkembang sebanyak 5.7% pada 2025, mengatasi kadar pertumbuhan nasional 5.2%.
“Perak juga muncul sebagai penyumbang KDNK keenam terbesar negara dengan sumbangan 5.3%

Pelan Perak Sejahtera 2030 yang dilancarkan pada 15 Jun 2022 memberi tumpuan kepada penciptaan peluang pekerjaan kepada generasi muda menerusi kemasukan pelaburan baharu, selain menjadi garis panduan pembangunan negeri merangkumi tiga teras utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan pembangunan ekonomi mampan.
Saarani berkata, memasuki tahun keempat pelaksanaannya, Perak Sejahtera 2030 kini berada pada landasan kukuh untuk menterjemahkan pertumbuhan ekonomi negeri kepada manfaat yang lebih dirasai rakyat.
Katanya, prestasi ekonomi Perak terus berkembang 5.7 peratus pada 2025, mengatasi kadar pertumbuhan nasional sebanyak 5.2 peratus.
“Perak juga muncul sebagai penyumbang KDNK keenam terbesar negara dengan sumbangan 5.3 peratus.
“Momentum ini turut diperkukuh oleh peningkatan pelaburan diluluskan yang signifikan, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap hala tuju pembangunan negeri melalui lima mod pertumbuhan strategik yang menjadi asas kepada penciptaan pekerjaan, pengukuhan rantaian industri serta limpahan ekonomi ke seluruh daerah di Perak,” katanya.
Beliau berkata, pencapaian ekonomi hanya bermakna apabila diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, peluang perniagaan serta peningkatan kesejahteraan rakyat.
Sehubungan itu, fokus Perak Sejahtera 2030 kekal tertumpu kepada usaha memperkukuh inisiatif kos sara hidup, keterjaminan makanan, pendidikan, kesihatan, perumahan, TVET, keusahawanan serta peluang pekerjaan. - DagangNews.com








