KUALA LUMPUR 7 Julai - NexG Bhd meraih beberapa lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melibatkan penyelenggaraan serta bekalan kad pengenalan dan pasport.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, NexG berkata, syarikatmenerima lanjutan enam bulan bagi kontrak membekalkan bahan mentah MyKad, MyTentera, MyPOCA serta bahan guna habis dengan tambahan siling kontrak sebanyak RM29.68 juta.
Kontrak NexG bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut menerima lanjutan selama 14 bulan dengan tambahan siling kontrak sebanyak RM15.86 juta.
Sementara itu, kontrak NexG bagi membekalkan dokumen pasport Malaysia serta halaman biodata polikarbonat masing-masing menerima lanjutan selama enam bulan.

Syarikat itu memaklumkan lanjutan tersebut tidak melibatkan sebarang perubahan kepada nilai siling kontrak dan tidak mendedahkan nilai lanjutan berkenaan.
Semua lanjutan kontrak berkuat kuasa mulai 1 Disember 2025. NexG juga akan menyediakan pelbagai bon prestasi kepada KDN seperti yang ditetapkan dalam terma lanjutan kontrak tersebut.
NexG menjangkakan lanjutan kontrak ini akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan syarikat.
Saham NexG ditutup dua sen atau lima peratus lebih tinggi kepada 42 sen, menjadikan nilai pasaran syarikat sebanyak RM1.3 bilion. - DagangNews.com








